Saturday, January 21, 2012

Peluang Berniaga Bundle Kanak-Kanak Dropship



Saya ada sesuatu nak tawarkan kepada anda.
Peluang berniaga bundle kanak-kanak . Anda Nak Maklumat Percuma Tentang Bundle Kanak-Kanak?

Anda cuma perlu masukkan maklumat anda di bawah :




First name

Phone #1

E-mail address





Saya tahu anda benci spam, dan maklumat anda tidak akan dikongsi dengan pihak lain.






Saturday, May 29, 2010

Monday, April 12, 2010

Anak Bundle

Jam 4.30 petang semalam sewaktu berada di Pengkalan Kubor, Kelantan saya terserempak sekumpulan lelaki menurunkan bungusan putih dari lori.

“Ini semua pakaian bundle bang. Baju dan seluar, kebanyakkannya terpakai, dibawa masuk melalui Johor dan Pelabuhan Klang dari Singapura,” ujar Anuar Ismail, 28 tahun.

Ayah kepada 4 anak berusia di antara 2 dan 14 tahun itu mula membekalkan bundle kepada 2 peniaga di Takbai, Thailand sejak 5 tahun lalu.

“Tetapi sebenarnya saya sejak lahir lagi sudah terbabit dengan bundle sebab ayah pun jual benda ini juga,” jelasnya.

“Kiranya awak anak bundle lah kan?,” usik saya.

Dia tersenyum.

“Bundle dibawa masuk dari Jepun, Amerika, Korea dan Australia. Pakaian didermakan orang ramai kepada NGO (pertubuhan bukan keajaan) dan NGO jual kepada pembekal bundle, hasilnya kemudian disumbangkan kepada golongan memerlukan,” tambahnya.

Menurut anak kelahiran Kedah itu, purata harga bundle seberat 100 kilogram setiap satu bergantung kepada kualiti kandungan pakaian di dalam bungkusan.

“Gred paling tinggi, bungkusan bertulis empat kali angka lapan dari Jepun. Ada antara pakaian di dalam masih berbungkus plastik lagi, brand new dan bersih, tidak perlu dibasuh. Kalau bungkusan biasa, harga purata RM700 tetapi kalau gred tinggi, RM1,450,” katanya.

Anuar mendakwa pernah menemui barang kemas, mata wang asing, kelonsong peluru dan kondom di dalam bungkusan bundle dijual kepadanya.

“Apa brand paling mahal, berharga pernah awak dapat dan jual?,” soal saya.

“Antaranya Giorgia Armani, AX dan John Smith. Bundle ini ada seluar, boxer dan baju. Bundle memang ada peminat tersendiri sebab itu kita boleh jual. Kalau abang hendaj tahu, kebanyakkan peniaga bundle terkenal dari Kuala Lumpur pun ambil barang dari sini,” katanya.

Menurut Anuar, Thailand tidak membenarkan bundle dipasarkan di negara itu.

“Kerja saya, dapatkan pesanan pelanggan dari Thailand, dia oang kena bayar tunai, tidak boleh hutang. Saya order barang dari Johor, bayar cukai di sini dan hantar sampai ke jeti, itu sahaja. Selepas itu terserah kepada customers,” ujarnya lagi.

Tidak semua gemar membeli bundle. Mungkin sebahagian pegguna berasa ‘geli’, menggunakan produk lusuh dan terpakai. Namun bagi golongan mementingkan jenama tetapi tidak berkemampuan berbelanja besar, bundle pilihan mereka.

Dipetik dr blog abg mazidulakmal

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com